07 Mac 2011

Kota Kinabalu (4H3M)

Hari 1
- Lok Kawi Wildlife Park
- Muzium Sabah
- Gunung Kinabalu 

Lok Kawi Wildlife Park terletak lebih kurang 30 minit perjalanan dari KK Airport. Tempat ini terletak di perkampungan Lokawi baru. Di sini terdapat pelbagai jenis hidupan liar, burung, haiwan reptilia, tanaman herba, orang utan, gibbon, monyet hidung besar dan banyak lagi. Harga tiket RM 10 bagi dewasa.

Di muzium sabah pula terdapat tulang ikan paus yang terbesar didunia di catatkan di dalam World Book of Record. D idalam muzium Sabah juga terdapat jenis-jenis pakaian yang dipakai oleh kaum-kaum di Sabah. Di bahagian luar muzium terdapat pondok yang dibuat daripada buloh.Disamping itu juga terdapat kereta-kereta antik dan keretapi lama. Harga tiket RM 1 bagi dewasa.
Seterusnya kami ke Gunung Kinabalu. Perjalanan dari Kota Kinabalu Ke Gunung Kinabalu mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit jika tiada halangan. Setelah sampai di Gunung Kinabalu kami daftar masuk ke D'Villa Rina Ria Lodge yang terletak 500m dari Kinabalu Park HQ dengan harga RM 40 seorang. Disini cuacanya sejuk sehingga bila bercakap nampak asap keluar dari mulut. Setelah daftar masuk kami ke Pekan Ranau untuk mengisi petrol dan makan malam. Sepanjang perjalanan ke Ranau kami melalui Pekan Kundasang. Pemandangan di Pekan ini sangat cantik. Sayur-sayur yang dijual disini segar-segar belaka. Terdapat hanya satu bank sahaja iaitu Allience Bank. Disini juga terdapat War Memorial yang tidak sempat di lawati kerana hari sudah gelap.
Hari Ke-2
- Poring Hot Spring
- Kinabalu Park
- Lexus Karambunai
- The Green Connection
- 1Borneo Hypermall
- Night Market

Setelah rehat dengan secukupnya pada hari kedua kami meneruskan lawatan ke Poring Hot Springs yang terletak lebih kurang 45 minit dari Kinabalu Park HQ. Poring Hot Spring menyediakan kolam mandian air panas, taman rama-rama, kanopi walk dan taman herba. Disini juga terdapat chalet untuk penginapan. Haraga tiket RM 3 untuk setiap pintu masuk dan RM 5 untuk bayaran kamera bagi yang hendak mengambil gambar di kanopi walk. Kanopi walk sepanjang 200m. Untuk sampai ke kanopi walk pengunjung di kehendaki mendaki gunung setinggi 250m. Disini stesen yang ketiga merupakan stesen yang paling menggayatkan. Pengunjung dinasihatkan membawa mineral water.

Setelah penat mendaki gunung dan merendam kaki kami keluar mencari buah tangan di pintu masuk Poring Hot Springs.

Setelah buah tangan dibeli kami meneruskan perjalanan ke Kinabalu Park HQ. Disini terdapat Taman Orkid dan juga merupakan tempat utama pendaki-pendaki berkumpul sebelum mendaki Gunung. Kami mengelilingi Kinabalu Park HQ dengan menaiki kereta kerana letih untuk berjalan. Harga tiket untuk masuk RM 3.
Lebih kurang sejam berada di Kinabalu Park HQ kami pun bertolak ke Kota Kinabalu. Sebelum sampai di Kota Kinabalu kami sempat singgah di Lexus Karambunai dan Sepanggar Bay. Setelah berjalan-jalan sekitarnya kami meneruskan lawatan ke The Green Connection yang terletak di Kompleks Badan Sukarelawan Likas. Disini terdapat aquarium yang besar serta pertunjukan marine seperti memberi makan kepada penyu, ikan pari, ikan kecil dan banyak lagi. Tempat ini lebih sesuai di kunjungi oleh kanak-kanak kerana banyak perkara mengenai hidupan laut dapat dipelajari. Disini kita dapat menyentuh tapak sulaiman, memegang ikan, lihat nemo dan lain-lain lagi. Disamping itu juga terdapat permainan yang menduga akal seperti yang terdapat di Pusat Sains Negara KL. Pertunjukan marin pada jam 4 petang disebelah petang. Harga tiket bagi dewasa adalah RM 25.


Setelah selesai melihat pertunjukkan kami beredar meninggalkan The Green Connection untuk mendaftar masuk di Shangri-La Hotel yang terletak di jalan Tunku Abdul Rahman. Setelah daftar masuk kami ke 1Borneo Hypermall lebih kurang 15 minit perjalanan dari hotel. Disini kami makan di Apple Cafe yang terletak di tingkat bawah. 1Borneo Hypermal sebuah pasaraya yang cantik dan di kelilingi oleh hotel-hotel. Tempat ni sesuai untuk pengunjung yang kaki shopping. Barang-barang yang dijual boleh dikatakan agak murah kerana pada masa lawatan terdapat jualan murah. Sambil jalan ke parking lot aku sempat juga membeli pizza di kedai Mario's pizza.

Setelah penat bershopping kami balik semula ke hotel dan berjalan kaki ke Night Market yang terletak lebih kurang 10 minit berjalan dari hotel. Disini sesiapa yang gila shopping mungkin akan kehabisan wang jika tidak dikawal. Terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual seperti kerongsang, pakaian, makanan, cenderamata, alatan dapur, ubat dan lain-lain lagi. Sebelum sampai di Night market kami sempat singgah di Atkinson Clock Tower dan Signall Hill untuk menyaksikan pemandangan Kota Kinabalu. Tiada gambar diambil kerana teruja sangat nak pergi shopping sampai terlupa bawa kamera. Setelah penat bershopping kami pulang merehatkan badan di hotel.

Hari ke-3
- Sunday Market
- Tunku Abdul Rahman Marine Park
- Karamunsing Shopping Complex
- Filipino Market
- Pasar Kraftangan
- Night Market

Setelah bersarapan pagi kami berjalan ke Sunday Market yang terletak lebih kurang 15 minit berjalan dari hotel. Sunday Market nih lebih kurang macam pasar tamu. Terdapat pelbagai jenis barangan dijual sekali lagi kaki shopping menghabiskan wang. Antara barangan yang dijual adalah seperti di Night Market cuma terdapat binatang peliharaan dijual, kuih-kuih tradisional, makanan tradisional, sayur-sayuran dan lain-lain lagi. Harga barangan bergantung kepada tahap kecekapan kita membuat penawaran.

Setelah penat bershopping kami kembali ke hotel untuk daftar keluar dan meneruskan perjalanan ke Jesselton Point untuk ke Tunku Abdul Rahman Marine Park. Pengunjung boleh mendapatkan tiket di kaunter yang disediakan. Harga tiket RM 17 untuk ke sebuah pulau dan tambahan RM 10 untuk setiap pulau. Disamping itu juga kadar caj jeti dikenakan sebanyak RM 7.20 dan kos yuran masuk ke pulau RM 3. Pengunjung hanya memberitahu kepada penjual tiket hendak ke pulau mana dan pukul berapa hendak balik. Tunku Abdul Rahman Marine Park mengandungi 5 buah pulau iaitu Pulau Gaya, Sapi, Manukan, Mamutik dan Suluq. Pada pendapat saya lebih baik ke pulau Manukan dan Memutik atau Sapi dan Manukan. Aktiviti yang menarik di pulau ini tak lain tak bukan adalah snorkeling dan Diving di samping aktiviti-aktiviti pantai yang lain. Perjalanan dari jeti ke pulau sapi selama 20 minit dengan menaiki speed boat.


Setelah puas bermain air kami balik ke Jesselton Point dan berehat seketika. Setelah itu kami meneruskan lawatan ke Karamunsing Shopping Complex untuk bershopping lagi. Disini terdapat pelbagai butik pakaian. Setelah selesai bershopping kami daftar masuk ke Promenade Hotel yang terletak di jalan Tun Fuad Stephen. Lebih kurang sejam merehatkan badan kami keluar berjalan kaki ke Filipino Market. Disini terdapat barangan cenderamata, kerongsang, kuih tradisional, mutiara dan lain-lain lagi. Diluar kedai terdapat deretan orang menjahit pakaian. Seterusnya kami berjalan ke pasar kraftangan untuk membeli barangan kraftangan. Kegilaan bershopping tidak dapat dibendung lagi, kami sekali lagi ke Night Market. Kali ini Mak Cik saya memborong kerongsang dan saya membeli sepasang kasut. Setelah penat bershopping kami makan di Chicken Rice Shop berhampiran Api-Api Shopping Complex. Mujurlah banyak kedai di situ sudah ditutup kalau tak bershopping lagilah kami. Setelah perut kenyang kami balik semula ke hotel melalui Waterfront dan Explanade. Kami rehat sebentar di Waterfront bagi menikmati suasana malam di Kota Kinabalu. Selepas itu kami terus ke hotel dan tidur.

Hari ke-4

Selepas breakfast kami bertolak ke Aiport untuk pulang ke KL.



Berikut adalah rumusan perjalanan 4 Hari 3 Malam di Kota Kinabalu bagi seorang :-

Flight    
AirAsia RM 378

Hotel
D'Villa Rina Ria Lodge RM 120
Shangri-La RM 140
Promenade RM 140

F&B
KFC Ranau RM 10
Apple Cafe  RM 15
Chicken Rice Shop RM 15

Lawatan
Poring Hot Spring RM 11
Lok Kawi Wildlife Park RM 10
The Green Connection RM 25
Tunku Abdul Rahman Marine Park RM 37.20   
Muzium Sabah RM 1
Kinabalu Park RM 3

Pengangkutan 
Kereta Sewa RM 300

**Selepas ini Kuching, Sarawak